Friday, November 13, 2009

lama benar..

salam kasih dan sayang aq hulurkan buat semua

lame benar rasanya aq tidak berkongsi cerita2 aq di sini. terlalu sibuk dengan aktiviti dari mulanya sem sehinggalah hari ini aq telah selesai menjawab soalan peperiksaan akhir untuk sem ini. alhamdulillah, semuanya memuaskan setakat ini. tidak ada ruang kosong yang aq tinggalkan untuk kesemua peperiksaan yang telah aq duduki..

bermula dengan cuti raya, kehidupanku di unimas terlalu sibuk. tiada apa yang layak untuk dijadikan perbandingan. tugasan yang menimbun2. bayangkan, apabila dikenang semula tugasan yang perlu aq bersama rakan2ku pernah mencecah 15 bilangan kesemuanya pada satu masa. namun, aq bersyukur..semuanya dapat aq selesaikan tepat pada masanya.

kesibukan aq kemudiannya dikejutkan lagi dengan pemilihan aq sebagai wakil unimas ke pidato di kL. pada mulanya, aq seakan ingin menolak. namun atas pengharapan yang diberikan, aq terima. aq dan aidil telah mewakili unimas ke pertandingan itu. aq dapat rasakan persembahan yang kurang menarik di hari kejadian. mungkin disebabkan persediaan yang tidak cukup. tapi, aq berpuas ati dengan persembahan pidato spontan. mungkin itu lebih sesuai untuk aq..

sempat aq mencuri masa bertemu keluarga dan si dia tersayang semasa pulang dalam waktu yang singkat ke semenanjung malaysia. sempat juga aq menonton filem 'papadom' yang cukup memberi makna. tahniah buat adlin atas karya yang cukup sifatnya. silalah sesiapa yang belum menonton untuk melakukan apa yang sewajarnya. hajat di hati ingin menonton teater muzikal cuci, malangnya tidak kesampaian. aq masih di unimas meneruskan kehidupan sebagai seorang pelajar..

kehidupanku diteruskan seperti biasa walaupun masa yang 24jam itu bagaikan tidak cukup untuk dinikmati nilainya. sungguhpun begitu, aq masih sempat beramah mesra dengan bola2 bowling di pusat bowling sana,haha..paling menyeronokkan, pernah suatu ketika aq menjuarai carta apabila berjaya mengalahkan zimi n botak. itu jelah pun geng yang selalu main bowling..yang lain bagaikan tidak sudi menceriakan suasana. rugi tau u'olls..unimas je yang ada pusat bowling, jadi harus berbangga dan menggunakan kemudahan sepenuhnya. haha insyaALLAH, petang ni aq akan kembali ke sana..menggolekkan seberapa banyak bola bowling yang ada.wawawa

keseluruhannya, sem ini amat memberi pengalaman yang cukup menarik, perit dan mencabar kepada sesiapa saja terutama kosmet2 aq. ada yang datang kelas, bengkak matanya. ada yang dah tak macam mata manusia, tapi lebih kepada mata panda katanya. hehe macam2 lah lagi. namun semuanya memberikan suatu makna yang cukup besar dalam kehidupan. sem ini juga aq dapat rasakan semakin rapat dengan semua kosmet. sem ini juga sesetengah dari rakan yang aq kenali, sudah mula menunjukkan perangai sebenar. yang ok, alhamdulillah..yang kurang ok, semoga berubah..

seterusnya, penyeri kepada kesibukan aq adalah menjalankan tanggungjawab aq sebagai presiden kelab debat. aq bersyukur sebenarnya,dikurniakan anak2 buah yang sangat bersemangat menghadiri setiap perjumpaan yang dianjurkan. ucapan tahniah buat mereka. semuanya berbakat besar terutama junior2 yang baru mendaftar, alhamdulillah..aq akan cuba memberi peluang kepada mereka untuk menonjolkan bakat yang ada di peringkat yang lebih tinggi..insyaALLAH :)

rasanya, setakat inilah yang mampu aq coretkan..mungkin akan menyusul coretan seterusnya berikutan keluangan masa yang ada pada minggu ini. semoga kalian semua bergembira dengan nikmat yang dikurnia..:)

salam..


noffanoffi kata : mengingati semula apa yang boleh dicerita :)

Wednesday, October 14, 2009

dugaan

Kita selalu berfikir bagaimana untuk menghadapi dugaan yang melanda diri kita
sedangkan sebenarnya dugaan yang lebih besar perlu ditanggung orang lain
dan orang itu masih mampu tersenyum dan redha dengan ketentuan yang telah ditakdirkan tuhan
aq berbangga kerana mampu mengenali seorang sahabat dunia dan akhiratku
dirinya tabah, kuat dan sentiasa redha dengan apa yang ditakdirkan..

SURYANI BINTI AHMAD PUZI

semoga dirimu tabah menghadapi segalanya, biarpun jasad aq tidak bersama dirimu.
doaku sentiasa bersamamu wahai sahabat..terus kuatkan semangat :)


noffanoffi kata : sahabat yang mengenal erti segalanya..



Tuesday, October 13, 2009

harapan..

assalamualaikum dan salam 1malaysia..:)
semoga semuanya berada dalam keadaan sihat dan ceria.

lama sudah aq tidak menceritakan mengenai kehidupanku dalam blog kesayanganku ini dan pastinya alasan yang paling sesuai dan tepat
adalah lambakan assignments dan pelbagai perkara lagi yang perlu aq hadapi sepanjang ketidak sempatan aq menceritakan segala yang baru di sini.
bulan lebaran pun sudah mahu menyinsing pergi. pelbagai perkara aq tempuhi sebelum ini dan terlalu banyak untuk diceritakan. mungkin aq dapat bercerita, mungkin juga tidak.

bermula dengan persiapan sambutan lebaran
hp sony ericssonku yang merajuk dan terus merosakkan diri
mengenai persiapan dan bagaimana aq menghadapi cabaran sebagai seorang pelakon drama
mengenai tugasan yang terlalu banyak dan bakal habis menjelang peperiksaan akhir
berkenaan kemenangan aq sebagai naib johan dalam pertandingan pidato sik mok rasuah
berkenaan pertandingan pidatoo keselamatan dan mahasiswa yang tiba2 perlu aq sertai
mengenai field trip seminggu aq yang tidak jadi
mengenai mini field trip yang sememangnya mengubat luka di hati
dan pelbagai lagi

dan semestinya semua ini memberi pengalaman yang amat mencabar dalam kehidupanku
pertemuan dengan keluarga tercinta dan si dia tempoh hari sedikit memberi kelegaan di hati
emak ada berpesan, enjoy2 juga..study jangan lupa, final is just around the corner.
aq perlu akur dengan apa yang emakku kata.

pastinya
aq tidak sabar untuk melalui dengan lebih cepat saat2 getir ini
aq perlukan rehat secukupnya
sendi otot badan ini sudah mula menunjukkan simptom pelbagai rupa
tidur juga tidak pada waktu yang sebetulnya

yaALLAH
kuatkan aq dalam melalui segalanya
kerna kutahu Engkaulah tuhan yang sesungguhnya maha kuasa..


noffanoffi kata : hanya mampu berharap..

Monday, September 14, 2009

siapakah?

aq bukanlah power blogger seperti kakred , namun apabila aq melihat pagi ini yang mengunjungi blog aq adalah seperti angka yang kalian lihat di atas, maka aq amatlah terharu..

jadi lebih bersemangat nak menjawab soalan pest nanti..huhu terima kasih pada yang melawat :)


**********

jam 12 nanti, aq akan menduduki peperiksaan pertengahan semester terakhir untuk sem 3 ni bertajuk principle in pest management..makanya aq perlu membuat yang terbaik, doa2 kan ye semua..:)

nanti2 kita sambung cerita lagi, wahhhh semangat dah neh nak kongsi cite. tengok yang melawat da semakin ramai..perasan la ko fafa, hahaha :)

Sunday, September 13, 2009

beberapa hari lagi..

lama dah..


huuhhhhh..
tinggal beberapa hari lagi untuk ditempuhi
aq hanya mampu berhibernasi dalam bilik
addicted to facebook
hohoho

Saturday, September 12, 2009

bangga katanya..:)

baru sebentar tadi
aq menerima panggilan telefon dari mak
aq dapat menangkap kegembiraan yang teserlah
pada tiap bicaranya

aq ingatkan apalah berita gembira yang ingin disampaikan
rupanya

mak dapat melihat aq dalam televisyen
semasa menonton
rakaman pertandingan akhir pidato kemerdekaan di tv1
seronok benar dengar mak bercerita
abah pun ada sama kata mak

adik2 pulak, tak percaya
orang yang mereka tonton adalah kakak mereka sendiri
siapla korang, akak balik nanti
taula pe akak nak buat
huhuhuu

ye mak..
ini mungkin permulaan
apa yang akak buat dalam dunia ni
selain niatnya kerana ALLAH
adalah kerana mak jugak
ingin membuat mak bahagia

akak tau
terlalu seksa keadaan yang mak hadapi
untuk melahirkan akak
jadi tugas akak pulak
nak balas segalanya
untuk kebahagiaan mak
insyaALLAH

kakngah ada mesej aq
katanya 'mak nampak bangga sangat tengok akak dalam tv'
hehehe malu la pulak

aq sendiri tidak dapat menonton rancangan itu
televisyen yang selalu aq tonton sedang dibaiki
kalau ada pun tv, aq mungkin tak dapat jugak nak tengok
sebab mak ngan abah aq tak teringat nak bagi tau semasa menonton
hehehe macam2.. :)

semakin rindu hati ini pada keluarga tercinta :)
mujur rabu depan sudah mahu pulang ke semenanjung.. :)

beraya..

iyehhhhh..
rabu malam ini aq akan pulang ke semenanjung berhari raya bersama keluarga tercinta
beberapa persiapan perlu disediakan
perlu mula membuat kuih raya
membeli baju moden dan kasut adik2
mengemas..haaaaa

pastinya ini sedikit memenatkan
tapi tidak mengapa
kepuasan lebih diutamakan..:)

dan

pejam celik kita sudah berada dalam 10 hari terakhir ramadhan
pastinya semua orang tahu
pada malam2 terakhir ini terselit satu malam yang penuh kenikmatan
malam lailatulqadar

teringat aq suatu ketika dahulu
abah tiba2 mengejut aq bangun untuk bersolat
dan membuat ibadah sunat
abah tidak memberitahu mengapa
dan selepas menunaikan segalanya
abah keluar
melihat keadaan sekeliling di luar

aq dapat rasakan suatu kesyahduan yang sukar diungkap pada malam itu
aq tersedar tatkala itu
abah menangis teresak2
mungkin mengenangkan dosa2 silam
kata abah, terimbas di ruang matanya wajah2 insan yang disayangi
lantas abah memohon doa agar semuanya dikurniakan keberkatan Illahi
bukanlah aq ingin memberitahu di sini yang bapaku telah mendapat malam itu
tetapi
keinsafan yang mudah lahir dalam hari2 bulan yang mulia ini

terkenang juga aq suatu ketika
semasa pulang menunaikan solat tarawih di kawasan rumah lamaku
aq pulang berseorangan kerana sue yang selalu solat bersamaku
ketika itu tidak dapat hadir menunaikan solat
makanya aq berjalan malam itu seperti biasa

namun
apa yang ingin aq kongsi di sini
adalah suasana indah malam itu
tiba2 hati aq terdetik untuk memandang ke arah langit
yaALLAH, yaRABBI..
betapa hanya DIA yang tahu betapa sebak dan syahdunya
perasaan aq malam itu melihatkan keindahan nikmat ciptaan ALLAH
lantas air mata dari mata ini semakin lama semakin pantas menitis
sesungguhnya aq rindukan perasaan sebegitu
aq selalu berdoa agar perasaan sebegitu
selalu menyinggah di ruang hati ini
aq tidak mahu menjadi seorang yang mudah menangis apabila susah
aq mahu menjadi manusia yang menangis kerana bersyukur dengan nikmat
kurniaan tuhan

terima kasih yaALLAH..
kerana memberi kesempatan kepadaku
untuk merasai kenikmatan ini
aq ingin menjadi manusia yang sentiasa rindu akan PENCIPTAnya..
insyaALLAH..


noffanoffi kata : sebakkk..

Friday, September 11, 2009

mengapa..

tidak pasti mengapa jadi begini
mungkin salah kusendiri

mm bukan mungkin lagi
memang benar dan pasti
aq langsung tiada keyakinan
menjawab soalan2
peperiksaan pertengahan semester
apa dah jadi dengan aq

aq perlu bermuhasabah diri
melihat semua dari segenap segi
tidak boleh dibiarkan begini

yaALLAH..
ampunkan aq
kiranya ini
adalah pantulan dosa2
yang mungkin aq tidak sengaja lakukan
aq insan kerdil yang sering leka dan alpa

aq hanya mampu berdoa
agar keputusan2 yang bakal aq dapat
tidak terlalu teruk
walaupun hati aq cukup kuat mengatakan
keputusan pertengahan aq kali ini
adalah antara yang terburuk
yang akan kuterima

renung2kanlah fatihah
ingat semula matlamat engkau di sini..
astaughfirullah..:(