Thursday, January 20, 2011

Biar Semua Bahagia..



Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat semua

Sejak kecil, aq gemar memerhatikan sekeliling. Melihat gelagat manusia. Menghayati kecantikan perhiasan alam. Mengira batang2 pokok. Memerhati kehijauan pokok terutama berada di jalanraya dan sebagainya. Sehingga kini, aq kekal begitu. Cuma bezanya, jika suatu ketika dahulu aq memerhati pokok tanpa kukenal namanya tetapi hari ini boleh dikatakan aq berusaha untuk mengingati nama pokok itu, paling teruk pun dari famili mana.


Dan keadaan yang paling aq suka perhatikan adalah apabila melihat seseorang itu bahagia. Tidak kiralah apa puncanya. Di depan mata ataupun di depan televisyen dilindungi kaca. Juga gambar2 yang menunjukkan orang sedang bahagia. Bahagia dengan kemenangan, kejayaan, perhubungan juga kasih & sayang.


Apabila memerhatikan, sama ada aq akan turut tersenyum tanpa disangka memerhatikan saat kebahagiaan itu, ataupun air mata aq akan mengalir tiba2 merasai kebahagiaan yang mereka rasa. Itu baru berkongsi kebahagiaan orang lain, belum diri sendiri :)


Aq perlu hayati & berbahagia dengan kebahagiaan orang lain kerana keadaan ini akan menyebabkan kita menghargai apa yang kita ada. Bukan cemburu dengan kebahagiaan yang mereka rasa. Tolong..tuhan itu telah membahagikan kebahagiaan setiap hambaNYA di dunia, dan DIA maha ADIL..sama semua orang akan merasainya, cuma berlainan ketika juga bentuknya. Maka biarkan semua orang bahagia tanpa ada sedikit pun rasa iri hati mahupun tidak suka. Kerana mungkin dengan cemburu & iri hati itu boleh menyebabkan yang suka jadi duka. Doakan biar semua dapat merasainya kebahagiaan bersama bahkan lebih dari kebahagiaan yang pernah kita terima.


Hargailah kebahagian itu..


Dan..
Mungkin disebabkan senyuman mahupun titisan yang pernah keluar dari jasad ini akibat gemar menghayati kebahagiaan setiap insan di sekeliling, menyebabkan kebahagiaan itu suatu yang besar nikmatnya bila ia dihadapi diri sendiri. Terima kasih yaRABBI :D


noffanoffi kata : Bahagia hanya akan terbentuk bila kita bijak mengendali sesuatu yang mungkin bukan bahagia bagi kita dan pengendalian itu berjaya.. :)

1 comments:

  1. Tahniah atas pertunangan.

    Sori tak dapat datang, ada aral melintang.

    Mintak maaf sesangat......

    ReplyDelete