Friday, January 21, 2011

DuaPuluhDua Sebelum Berdua :)


Assalamualaikum & Salam sejahtera buat semua..


Aci x tajuk entry di atas? heee..iya, alhamdulillah..tepat 19 Januari lepas umur aq telah bertambah lagi 1 angka iaitu 22 tahun. Alhamdulillah, DIA masih mengizinkan aq berada di bumi bertuah ini. Jika tahun lepas, aq telah merasakan kejutan yang kemas dirancang Encik Khafi & beberapa teman sekuliah aq. Tahun ini aq tidak menjangkakan apa2, kerana jika cara yang sama digunakan, tidak tentu lagi menjadi kejutan.haha.. :)




TAPIIIIIIIIIII..................





Jangkaan hanya tinggal jangkaan, aq telah dikejutkan dengan lebih teruk sehingga menyebabkan aq lemah lutut + terduduk menghadapi kejutan yang dilakukan oleh Mr Fiancee + sepupunya, Ateh & Abg Mie. Caranya masih sama, cuma watak yang mengajak aq ke pusat bowling berbeza. Zimi sms aq masa kelas, katanya ketagih nak main bowling + Ammar aka botak nak sponsor main. Dengan pantasnya aq balas pertanyaan dengan mempersetujui. Pada mulanya tidak tentu lagi berikutan kesihatan yang tidak memberangsangkan. Tapi beriya2 la budak zimi tu mengajak & akhirnya aq mengalah pergi..


Janjinya lepas kelas jam 2 kami bergerak sama2 ke pusat bowling. Aq masih beranggapan main bowling suka2 tanpa sebarang tujuan. Tidak terus main bowling aq ditemani Dayah ke surau untuk solat zohor. Di sini bermulalah ceritanya..sambil menunggu si zimi habis main 1 game, kami duduk di suatu ruang. Botak panggil tiba2 & aq nampak 'KEK' chocolate indulgence hokkay. Masih buat muka biasa, wahhhh seronoknya rasa dalam hati. Aq siap tanya botak, ni mesti orang yang sama suruh ko rancang kan buat camni. Dia hanya tersenyum & mengangguk..



Kejutan pertama - ada kek :)

Masih terharu dengan kek :)

Kawan2 yang berada di tempat kejadian menyanyikan lagu wajib setiap kali hari lahir tiba, selesai meniup lilin, kami bergelak ketawa & senyum bersama..Tiba2 ruangan hadapanku yang sepatutnya dipenuhi teman2 dibuka seperti ingin memberi laluan untuk orang berjalan.




DANNNNNNNNNN...............


Yeahhhh ini watak2 utama dengan skrip terbaikkk.. :p


Tidak terkata..baru bangun dari jatuh, terpaksa memangku badan..haha


Mula2, aq nampak Ateh, Faishh & Abg Mie..namun getaran yang lebih hebat aq rasakan sehingga tidak mampu menyokong badan bila aq terlihat kelibat & jasad Mr Fiancee aka Encik Khafi aka Khairul Hafizee Mohamad Zin di depan aq, yaALLAH....aq terasa bagai di awangan & mungkin bermimpi.

Suka masing2 dapat kenakan orang yeeee...

Baikkk..muka saya hodoh time ni..haha


Rupa2nya tidakkkkkkkkk, Encik Khafi memang sudah lama merancang untuk membuat kejutan sedemikian rupa. Lantas, aq menuju ke arah mereka & memeluk Encik Khafi?? Oh tidakkkk, baru tunang..tak boleh lebih2. Aq terus memeluk Ateh & mencium Ateh & faishhh berdesup2 lajunya tanda menghargai apa yang mereka telah lakukan. Sumpahhhh air mata aq sudah bergenang namun memikirkan kanta lekap yang aq pakai, makanya aq tahan. yaALLAH, indahnya dunia ni memiliki insan yang sangat hebat menghargai diri ini.



:)

Teman2 tersayang :)


Kami sempat bermain bowling bersama2 teman2 yang meraikan kenangan manis berkenaan. Dapat jugaklah Encik Khafi merasa main bowling di pusat bowling UNIMAS. Bergelak ketawa bersama teman2. Ada jugak yang sanggup tuang kelasss..sape lagi kalo bukan si ammar aka botak..ewah2 sanggup ko kan, thanks sgt2..hehe. Sempat jugak buat sesi perkenalan antaran Encik Khafi & teman2..wahhhh ini paling aq suka kerana senang hati Encik Khafi dapat jumpa dengan orang2 yang selalu aq berkomunikasi tidak kira masa :)


Ooo..ada meeting ye..bateri enpon abes ye..pandaii ehhh..denda angkat kek 1 kali :p


Hanya DIA yang tahu bagaimana perasaan aq tatkala kejadian berlaku, tidak terungkap dek kata2 & aq masih ingat yang aq sempat termenung seketika memerhati seorang insan yang cukup aq sayang & cinta telah berada di depan mata. Sudah hampir 4 tahun aq berjauhan dengan keluarga & insan tersayang setiap kali hari lahir menjelma dan pada saat itu, Encik Khafi bersama aq, meraikan hari lahir yang ke 22 sebelum kami hidup berdua sebagai pasangan suami isteri kelak. Encik Khafi juga sempat menghulurkan hadiah hari lahirku..Gadget yang keberapa aq miliki, aq tidak pasti & hadiah itu adalah EXPERIA X10. Tak terucap syukur aq pada hari itu, sungguhhhh..

Hehe..hadiah dari Mr F..masyehhhh :)
(Kredit untuk google)

Iye, salah seorang cinta hati saya :)
TERIMA KASIH buat segalanya :D

Kami meraikan detik 12 malam bersama Ateh & keluarga, dinyanyikan lagu selamat ulangtahun di restoran pada malam berkenaan. Sungguhhh, aq terharu merasai penghargaan sebegitu rupa. Encik Khafi sanggup terbang jauh + ambil cuti, Abg Mie sanggup ambil cuti & meraikan bersama2..tiada kata lain yang mampu diucap melainkan TERIMA KASIH tidak terhingga :)


Sempurna..harapannya tahun akandatang dapat sambut dengan semua cinta hati saya :)

noffanoffi kata : B A H A G I A ....Terima kasih untuk semua yang mengucapkan selamat :D


Kredit buat Grace untuk semua gambar yang diambil :)

1 comments: