Assalamualaikum semua..
Haa jejak KASIH bhgn 2 menceritakan bagaimana aq bertemu dengan teman2 sekolah rendah. Iya, serius aq masih berhubung rapat lagi dengan member2 sekolah rendah. Teman2 rapat aq cam Nik & Sue pun aq kenal dari sekolah rendah. Saudara mara aq kebanyakannya terkejut bila dapat tau bagaimana akrabnya aq dengan Nik & Sue sejak dulu. Yelakan, tak ramai boleh maintain member huhu.

Ini Mr organizer ye..
Hari kejadian adalah pada hari khamis. Nik kebetulan memang bermalam kat rumah aq, sementelah si syuhaida taktau jalan nak ke McD tempat kami berjanji setia untuk bertemu, makanya aq & Nik menumpangle keretanya, bergerak bersama2 ke McD bulatan pahang sano. Bergerak sebelum 12, pergi jemput Sue kat taman dato' senu pastu shootttt terus ke McD.

Sebahagian kecil :)
Sampai sesajork nampak beberapa orang member lama contohnya rini & azwan. Pastu boleh plak organizer tak sampai lagi akibat terlambat bangun, harusss mendatangkan marah neh..bilik tak boleh nak masuk, adoyai..kasi kol 1 kali, pastu muncul la si organizer aka si luqman zabidi. Dulu kecikkk sajork mamat neh, skang neh fuiyooooo tak cukup pembaris nak ukur ketinggian dia.haha..ooo sebelum tu muncul si hazhari, ecah ngan nuri.huhu pastu ada jugakla jasad2 member2 lain kan. Aq serius cam muka, tapi dah lupa nama.haha tapi kalo budak 1 kelas ngan aq, ingatla kan..bila kelas lain aq dah jadi hilang arah pada waktu kejadian.huhu..

Ikhsan & fitra
Aq tak oder makanan pun mengikut pesanan organizer, so kasi turun sendiri oder & beli dengan syuhaida & hazhari. wahhh nama panjang aq guna..gasakkk..pe lagi kan kalo tak oder prosperity daging tapi dia bagi ayam..cehhhh kasi layan sajork, malas mau turun tuka2..

Kami :)
Sambil2 makan, sorang2 muncul dengan gaya masing2..tapi tak berdebar macam tunggu bakal mak mertua nak sarung cincin tunang pun.hahaha cool sajork..pastu kongsi2 cerita la masing2.. Standard la kan, ko buat apa skang, blajo mane, ambik apa, keja ape..berlarutan le sampai ke petang hari. Pastu ada plak yang ngajak karaoke..layannnnn kan jele..
Syuhaida tak ngikut, jadinya aq ngikutle kete si luqman aka organizer majlis berkenaan. Mula2 ke ampang walk pastu tempat nak berkaraoke adalah penuh melampau jadi sekiannnnn berpindahle arah kami ke ampang point kot?? ke ampang pe ntah..janji depan ada ampang la. Sempat le aq, Sue & Nik menyanyi sebarang 2 lagu pastu cawwwwww sebab Encik Khafi udah datang menjemput. Perut pun dah krok krek krok krekkkk, singgah le makan kan..takkan nak tambah lagu plak. Tapi dak2 lain dok berkaraoke sampai 3 jam lamanya. Dan tak silap aq esoknya diorang sambung aktiviti pergi broga hill. Haa gasakkk la korang..da lama tak memanjat kot memasing. Aq ni memang dah biasa ke field sebegitu rupa, ater dah bidang yang aq ambik kena pergi2 field cara gitu..

Masa sekolah rapat, dah jumpa pun takmoh berenggang..haha
Camera pada hari kejadian ko takyah kira la nyahhhh..letih nak senyum semedang, last2 ko bia je orang ambik gambo ko tanpa apa2 aksi..tapi so-so la perjumpaan dengan diorang. Mintak2 kalo ada perjumpaan lagi, antara dak2 6 utarid sajork kan, boleh kongsi lebihhhh lagi cite..huhhuhu
noffanoffi kata : sangat letih pada hari kejadian..uwaaaa~
aku terharu yg part last tu wei.
ReplyDelete^_^