Thursday, February 10, 2011

K A S I H Tercipta :D


Lambatkan sambung cerita masa cuti hari itu?maaf semua, wireless cam dah hidup segan mati tak mau plak skang ni..makanya layan internet dalam phone lagi best, laju sajo.. Ni cerita selepas reunion dengan member2 sekolah rendah & menengah. Lepas selesai berjumpaan segala, aq & Encik Khafi kasi hangkot 1 kali Sue tido kat umah aq. Sebab pada keesokan harinya kitorang berjanji mesra mau enjoy bermandi manda di tiada spesifik tempat yang dipilih sebenarnya.


cak cakk cakkkk :D

Pagi tu awal masing2 bangun, Encik Khafi dah menunggu..Janji pukul 8 kan, sekali si bujang Nik & Adik nak dekat 8.30 baru bersiap2an..hahhh gasaklaa daripada Encik Khafi menunggu dalam kereta je, tau2 dah ada dalam rumah tunggu yang lain bersiap.huhu mula2 bergerak mengisi perut dekat mamak alam damai sana, mengenyang masing2 tak dapat gerak terus lagi sebab Encik Khafi balik rumah aq sekejapan menghantar sarapan pagi mak aq + melangsaikan hutang pelaburan di pagi hari. Haha patutla kitorang rasa lamaaaa sangat, rupanya ada misi tersirat. Dah nak gerak ni, patah balik rumah..dahla orang tua2 kata tak elok duk patah balik bila nak berjalan jauh. Kali ni sebab si Kakngaj tertinggal IC. haha bahaya2 kena pegi ambik..Gler..nanti buatnya ada operasi, kena angkut plak adik aq sorang tu kan, dituduh PATI..haha oh tidak oh tidakkkk..jangan mare Kakngah :p


Selesai semua, barula dapat bergerak dengan aman..pegi isi minyak, beli air + jajan untuk dimakan dalam perjalanan. Mula2 harapan takdela tinggi menggunung mau pergi jauh2, ari jumaat kan, sang lelaki perlu ke masjid pada tengahari. Namun, harapan tetiba mendaki tinggi, kami berjaya meredah sempadan selangor Nsembilan & memboloskan diri masing2 ke Ulu Bendul, layan u'olss..


Kami :)

Sue & Eggy kesayangan

Sampai2 jek Encik Khafi buat perangai terus terjun, teruja sangat kot..dapat plak port cantik & menarik kan..jadi kasi layannnnnn~ aq pun lepas kemas2 kawasan landing, ambik gambo sekeping 2, terus terjunnnnnn gedebussssshhhhhhhh..sila jangan percaya, tidak seperti itu.haha diorang berlima awal2 lagi dah kesejukan sebab masing2 awal lagi dah turun. Sangat seronok bermandi mandi dengan adik2 abang & teman2 yang aq sayang..huuu :)


Jejaka tettttttt~

howyeah2 :)


Berapa jam kami berendam..sedar2 dah hampir jam 2, masing2 naik & bersiap menukar pakaian. Perjalanan tidak terhenti di situ anak2, kami bergerak lebih jauh lagi menuju Kampung Lonek, Bahau..uwaaaa sangatttt seronokkkk, dah lama tak balik kampung wan aka kampung mak mertua makyang aq. Suasananya sangat indah & meruntun hati, percayalah takkan ada seorang pun yang takkan suka bila sampai ke sini kecuali mereka yang tidak sukakan suasana kampung :)

Permai..~

Pertama kali~ hehe

Ada sawah, pokok segala spesies, kolam ikan, itik ngan ayam takyah citela kan..yang paling teruja mestilah Sue, sebab dia tak pernah pijak sawah. Itulah kali pertama katanya. Oleh kerana Encik Khafi dah lama teringin nak makan itik, makanya mak andak telah menghidangkan itik masak lemak cili api. Layannnn weyhhhh..sebelum tu kitorang sempat tapau ABC jual kat pekan bahau. Sempat jugak shopping skit dekat kedai bundle bahau, besar glossss kedai bundle kat situ..berkenaan itik yang fresh baru lepas disembelih itu memang perghhhh terliur. Adik2 aq memang 1st time makan itik, mula2 diorang macam takmoh makan (masa dalam kete), masing2 cam meragui rasa itik..sekali bila da rasa, hahhhh bertambah makan masing2..gasakkkkkk la ekau. Nik & Encik Khafi takyah citela kan, si Nik, itik memang febret dia..Encik Khafi plak memang itu yang dicari..haha Sue? itu pun kali pertama untuk dia..aq? iye, aq yang last abes makan..haha meratah itik kampung..sedapppp aduihhh terliur, tak sempat ambik gambo.keke


Anak2 bandor..huhu~

Berlari berebut air kelapa..huuu~

Lepas solat makan sume, kitorang borak2 + melepak menghayati suasana kampung pada petang hari sementara tunggu maghrib kan. Minum air kelapa kat luar rumah, bergambar + bergurau senda, wahhh cam menarik kan..selalu tulis dalam karangan dulu2, tapi bila merasai sendiri sangat indah sebenarnya. Aq & Encik Khafi sempat bawak anak2 pak usu ke kedai kampung, belikan diorang permainan + gula2. Kesian diorang, kita rasa hidup kita macam susah kan kadang2, tapi sebenarnya ada lagi susah. Aq kesian sangat dekat budak2 yang terpaksa melalui kesusahan. Sebah tengok kehidupan diorang..Bila belikan permainan gula2 makanan semua, diorang nampak happyyyyy sangat..sukenya tengok budak2 gembira kan. Susah nak ungkap dek kata2..


Selesai masing2 buat maghrib + ada yang buat jama', berkemas2le masing..salam2, cium2, berpesan2..terus masuk dalam kereta & bergerak pulang kami berenam..InsyaALLAH, ada kesempatan kita ke sana lagi..menghayati kehidupan indah di kampung. Tengoklah..dah bergelar suami isteri nanti manis la skit kan nak bermalam ke kan, kali ni kita menjenguk je dulu. Aq masa kecik2 selalu ikut makyang balik kampung wan, bila dah besar ni hehe segan kot..huhu


Aksi meratah kelapa..weee :)


Perjalanan pulang, untuk mengelakkan Encik Khafi mengantuk, kita kasi dia nescafe. Udahle dia sebok mengajak orang lain maen teka-teki. Adoyaiiii orang tanak bagi dia ngantok, bila di tak ngantok, dia tak bagi peluang orang laen tdo..cehhhh jadi kasi layannn jela. Sua paling banyak teka-teki. Letih memikir, ada yang suci teka-tekinya..ada yang kotor, haha harap maklum..yang ada dalam kete majoriti 18 tahun ke atas, jadi takdok masalah..Dah bergelak ketawa memasing dalam perjalanan, tiba2 dah sampai kolumpur..hantar Sue ke rumah kakaknya, Nik masih folow kami balik..Keesokannya baru hantar dia ke stesen bas.


Letih??! mestilahhh..tapi seronok, sangat enjoy..yela, berseronok dengan orang2 yang kita sayangkan..lain nikmatnya, kalo ada peluang nanti rasailah..serius, memberi makna yang mendalam. Mungkin akan datang kita tidak berkesempatan, sebab sebok ke kan..selagi nikmat itu kita dapat rasa, hargailah..kerana takdir ALLAH itu kita tidak mampu untuk menjangkakannya..sekian :)



noffanoffi kata : N I K M A T :D
Published with Blogger-droid v1.6.7

0 comments:

Post a Comment