Sunday, February 13, 2011

Mohon Setia..



Assalamualaikum semua..


Setia? senang ke susah yeh..huu aq sendiri pun takda jawapan. Setia, percaya, tolak ansur semuanya membina satu2 hubungan tu. Iye, serius :) Aq tidak pasti aq sendiri setia atau tidak, kalau melibatkan barangan, iya aq akui susah untuk aq menukar kepada jenama baru jika sudah berjinak dengan satu produk tu dan membuat aq selesa dengannya maka sudah cukup. Selagi tidak selesa, mencarilah aq sesuatu yang akan membuat aq selesa. Begitulah ceritanya..


BFF

Berkenaan teman & kekasih..mm payah, hanya yang mengenali boleh mengukur aq setia atau sebaliknya. Namun, keadaan yang seringkali membuat aq sendiri sedih apabila berhadapan dengan teman2 yang mengalami masalah ini. Dalam keluarga aq sendiri, alhamdulillah..Mak & Abah sangattt setia antara satu sama lain. Bila Abah susah, takda orang lain, Mak lah yang akan membantu. Bila mak tak sehat, sakit badan, Abah la yang akan mengurut meringankan sakit yang mak rasa. Susah & senang bersama. Itu cuma contoh umum yang mampu aq berikan.


Juga BFF

Mengapa terlalu sukar untuk setia sebenarnya? Sekiranya hati sudah memilih untuk bersama dia susah mahupun senang. Mengapa bila berjauhan dengan dia yang kita pilih, kita mudah untuk kecundang melayan hati berkasih dengan orang lain? Sedangkan dahulu tatkala jasad dekat berdua, sanggup berjanji setia tidak mahu melayan sesiapa. Benar, hati ini terlalu sedih kerana insan yang terlalu hebat menduakan cinta & kasih teman2 saya. Bila lelaki, masih boleh diakui miang & gatalnya..tetapi ini melibatkan kaum sejantina aq, maka gelarannya perlu apa? hahhh curang..


Marah pada mereka yang mempermainkan perasaan BFF aq..cehhh

Mengikut pengalaman aq & Encik Khafi, kami pernah berada sangat jauhhhhh antara 1 sama lain. Dia di Tanah Arab & aq memulakan pengajian di Sarawak & mengehadkan masa kami berjumpa hampir 3bulan lamanya. Kami juga pernah berada dekat antara 1 sama lain & berjumpa boleh dikatakan tiap2 hari. Jika masing2 memiliki kesempatan. Namun atas dasar kesetiaan & kepercayaan yang ada, alhamdulillah kami perlahan2 mengharungi dugaan yang ada. Awal perkenalan kami, Encik Khafi masih bergelar pelajar tahun akhir. Selepas tamat pengajian, dia juga berhadapan dengan masalah ketiadaan pekerjaan tetap. Saat itu betapa ALLAH sahaja yang tahu betapa perlu aq sentiasa bersamanya memberi semangat & keyakinan mengingatkan dia yang rezeki sentiasa ada untuknya. Cumanya, ALLAH menduga dia agar lebih kuat berusaha mendapatkan pekerjaan sepatutnya. Dia pernah bersedih, memikirkan nasibnya juga keadaan yang dilalui. Namun, itu bukan masa untuk aq mengambil kesempatan lari dari hidupnya. Malah, aq berusaha membuat dia bersemangat mencari setiap peluang yang ada. Dan alhamdulillah, hari ini biarpun Encik Khafi boleh dikatakan selesa dengan kehidupannya, kami masih bersama2 mengharungi setiap dugaan yang ada. Terima kasih yaALLAH..


Malangnya, aq melihat..teman2 aq ada yang diduakan hanya kerana tidak lagi memiliki pekerjaan tetap mahupun akibat kejauhan antara mereka & pasangan..tolong..aq mohon agar kalian setia kerana kesetiaan itu pasti ada ganjarannya. Kesetiaan & kepercayaan itu saling perlu sesama pasangan. Di UNIMAS sebagai contoh, aq bukan jenis mereka yang tidak berkawan dengan teman2 lelaki hanya semata2 telah memiliki pencuri hati. Aq berkawan dengan semua. Sebagaimana aq rapat dengan teman2 wanita, begitu juga aq rapat dengan teman2 lelaki. Keluar, makan, membuat tugasan & pelbagai aktiviti dibuat bersama2. Encik Khafi tidak pernah sama sekali melarang aq berkeadaan sedemikian rupa. Kerana dia paham & kenal siapa tunangnya. Begitu juga dengan dia. Bekerja di bahagian HR, pastinya dikelilingi wanita2 & gadis2. Setahu aq, hanya 3 orang sahaja staff lelaki termasuk dia dalam departmentnya. Kalau ikutkan nak menjeles tak tentu pasal, bila2 masa je. Tambah lagi wanita & gadis bekerjaya, pastinya vogue+cantik+bergaya sahaja. Staff di bawah pimpinannya juga kesemuanya wanita. Tetapi, kepercayaan aq + kesetiaan dia mengiringi hubungan kami. Maka alhamdulillah, sekali lagi kami sama2 dapat mengharungi dugaan yang ada.


Itu satu cerita, ada juga yang sebelah pihak saja sadissss merindu mesra, mengungkap sengsara, menyimpan rasa..namun yang sebelah sana langsung seolah2 tiada rasa, aduhhhh benar..cukup kesian membayangkan keadaan ini sebenarnya. Benar, kebahagiaan itu berbeza antara 1 manusia. Semoga ALLAH bakal menganugrahkan kebahagiaan buat semua yang mendambakannya kerana nikmat kebahagiaan yang dikurniakan ALLAH perlu dinikmati oleh semua..mm~


noffanoffi kata : tak terkata bila ada yang lagaknya sebegitu rupa..~

p/s : Gambar2 untuk entry2 akan di upload kemudian..huuu tenet mensiputttt :p

0 comments:

Post a Comment