Wednesday, February 16, 2011

S T A B I L

Assalamualaikum semua :)


Tadi lepas keluar makmal komputer fakulti bersama Pakcik Hamzah, Botak, Joe, Zimi & Mas, kami terserempak dengan seorang pensyarah yang pernah mengajar kami salah satu bahagian dalam softskill. Dia merupakan junior Pakcik di UPM dulu kata pakcik. Pakcik kata, dia junior tapi dia dah jadi Dr. dulu. huhu~


Aq terima kata2 Pakcik tu, tapi dalam masa yang sama aq jawab balik.. "Alaaa Pakcik memangla keluar awal, takda Dr, tapi..pakcik dah kawen, dah ada 4 orang anak. Kehidupan pun dah stabil. Dr. tu entah dah kawen ke belum kan"


Secara jujurnya, aq benar2 maksudkan apa yang aq perkatakan pada pakcik. Sambung belajar bersama kami sekarang pun adalah untuk nilai tambah kepada kestabilan kehidupan keluarganya sekarang. Untuk mencapai suatu titik kestabilan itu sebenarnya bukan mudah. Perlu melalui ranjau & onak duri yang kadangkala bukan semua orang mengerti & fahami. Bukan juga semua orang tahu ataupun maklum dengan apa yang telah & pernah kita hadapi.


Sebagai contoh, tulisan2 di blog aq ini. Kebanyakannya tulisan berbentuk kebahagiaan, keseronokan & kenikmatan. Sukar untuk meneliti tulisan2 yang berbentuk kesakitan mahupun kesedihan. Ini cara aq berkongsi. Kesakitan & kesedihan itu biar aq rasakan sendiri ataupun hanya dengan mereka yang memahami diri. Bukan setiap orang bisa memahami diri apabila kita diduga dengan suatu kesedihan mahupun kesakitan. Biar kita cuba tangani dengan cara tersendiri agar kesemuanya dapat kembali seperti biasa. Jujur aq katakan, dugaan yang aq terima sejak kecil terlalu banyak. Biarpun dalam usia aq yang masih kecil. Mungkin ALLAH itu telah mengurniakan aq nikmat memahami sesuatu perkara walaupun usia masih tatkala itu masih mentah (aq rasa).


Manakala kebahagiaan itu perlu dikongsi kerana apabila kita melihat orang bahagia, kita akan berdoa agar dikurniakan rasa bahagia itu. Jika bukan hari ini, mungkin suatu hari nanti. Bukan juga kebahagiaan itu wujudnya untuk dicemburui. Jika kita mencemburui sehingga wujud sakit di dada, maknanya kita punyai masalah dalam hati mahupun jiwa kita. Hargai setiap apa yang ada di sekeliling mahupun apa sahaja yang pernah mendatangi kita. Itu sebaiknya. Mungkin kita tidak sama, aq cenderung berdoa memohon ALLAH itu mengurniakan kebahagiaan bukan hanya pada aq, malah teman2 terutama melihat orang lain bahagia seperti yang pernah aq cerita dalam tulisan2 sebelum ini. Cubalahhh..nikmatnya semakin hebat dirasa :D

noffanoffi kata : Jangan pernah risau kerana masa anda akan tiba, berdoalah :)

0 comments:

Post a Comment