Sunday, February 6, 2011

Sendat + Padat :)

Assalamualaikum semua..

Kali ni seperti biasa, aq pulang ke pangkuan keluarga pada cuti serentak (pertengahan semester & tahun baru cina). haha tidak pernah ada cuti yang aq tidak gunakan untuk pulang ke cheras, semuanya awal2 sudah aq booking tiket dengan bantuan airasia..wahhh :)


Aktiviti yang aq lakukan cuti ini terlalu banyak, atas dasar itu tajuk entri kali ini adalah sendat & padat.huuu aq pulang awal, rabu malam..iya, aq mengaku dengan jayanya telah menuang 3 kuliah, weee~ Dijemput dari lcct oleh adik2 & Encik Khafi aka Mr Fiancee..giler tak hepi kan, dapat bercuti dengan keluarga & kekasih hati. Setiap kali balik kan, famous amos untuk adik aq yang lelaki tu wajibbbb ado, gler demand punya adik kan..dan setiap kali keluar, kalo jumpe famous amos selalu la beli untuk dia. Dah adik suka kan, mane la ade kakak yang sanggup tak membelikan..


Diorang bukan nak tanya kabo kakak yang dah berminggu tak jumpa, tapi masing2 duk tanya..kak, mana xperia? nak tengok...kurang asammmmsss punya adik2. Malam tu dalam perjalanan nak ke kedai makan, berkongsi ceritalah kami sekereta..aq & Encik Khafi plak berborak merancang perjalanan seminggu cuti aq yang dah habis pun sekarang ni..huhu


Hari pertama di rumah, aq sebuk menyental daki2 yang ditinggalkan setiap kali aq balik cheras. Daki2 degil di sinki, kerusi, dapur, luar rumah & sebagainya. Petangnya pulak memanaskan mi hailam lazat yang di tapaw mak aq masa balik perak minggu sebelumnya, jemputla sekali Encik Khafi mengadap makan.


Hari kedua, sempat menghantar tempahan ikan terubuk masin ke pusat flora, tempat praktikal aq dulu. Lepas menyapa pakcik2 & staf2 kat situ, terusss follow mak abah pegi menyopping ke tesco, membeli barang2 kering & basah buat penuh peti ais..ater, kalo aq tak balik pun, peti ais penuh, dah aq balik...mestilah kena lagi penuh peti ais bagaiiii..haruslah berat setiap orang termasuk aq akan naik tanpa henti bila aq cuti & ada di rumah kan.


Haaaa masuk hari ke-3 & 4, aq excited terlebih..haha iye, aq & Encik Khafi pergi kursus kawen. Kat putrajaya sano, okla..tempat selesa, kondusif la kata orang bandar kan. Macam dewan kuliah, huuu seksa weyhhh nak menahan diri dari pergi kursus kawen ni sebenarnya semata2 nak pergi dengan pasangan kan,hehe.. Alhamdulillah, dah boleh pergi ambik sijil minggu ni, tapi akibat kesendatan + kepadatan aktiviti, tak sempat nak ambik lagi :)


Hari kelima & keenam, maintain ayu di rumah nyahhhh..main masak2 bagai, haha semua ikut permintaan orang rumah. Isnin masak nasi ayam permintaan mak & selasa masak taucu permintaan adik.wahhh..malam selasa merayau ke pasar malam dato' senu, menghabiskan duit membeli itu ini dengan Encik Khafi & adik..Balik dari pasar malam pergi jemput si Nik bawak balik tido kat umah aq, makin meriahla rumah kitorang kan..hee


Hari ketujuh & kelapan, aq gelarkan sebagai Hari Jejak Kasih, motifff??! Sebab kedua2 hari ni, aq bertemu + bersua muka dengan teman2 lama yang sumpahhhh aq rindu gler nak menggler dengan mereka. Hari Rabu jumpa dengan member2 skolah batu muda, geng2 gadis sajork = si ayu, si farah, si dayaa, si farhana, si detol & si aida. Gler meriah nyahhhh, mak cakap kt korang..rasa macam hari2 jumpa ngan diorang, tak berubah tau posisi2 menggosip, melahar + mengganas bersama diorang..serius rasa tak puas jumpa, sampai ada orang tu tak jadi balik awal la kan, haha sila terasa ye kamu :p Cerita seterusnya akan disambung dalam entri selanjutnya :)
Hari kelapan, mengadap kawan2 sekolah rendah plak..lepak makan sama2 di McD & meronggeng di karaoke ampang walk, gler enjoy..di kedua2 hari kejadian, aq dijemput pulang oleh Encik Khafi kekasih hati, saje nak bermanjeeee..bila lagi, wahhh ngade kao :p ohh tambahan, Sue pun ikut aq balik pada malam kelapan, kerana ada misi keesokkannya untuk memudahkan pergerakan..haaaa


Hari ke-9, kami berjaya memboloskan diri ke Nsembilan,hahaha kononnya mau bermandi-manda dekat2 selangor sajork, namun akibat kemahuan yang kuat, kami bolosss ke negeri sebelah..haha aq, Encik Khafi selaku penaja terbesar, adik, kakngah, Nik & Sue telah selamat memandikan diri di ulu bendul,huhu..dan selepas mandi manda, kami shoottttt ke bahau, kampung mak mertua mak yang aq menumpang kasih sayang..heee sukeee masing2 cam mengkagum terutama sue sebab pertama kali memijak sawah & berpeluang mengejar itik,huhu..makan petang kami dihidangkan dengan masakan ITIK masak gulai lomak cili api..pergggghhhh layannnnnnn terliur lagi ni ha..


Hari ke-10, kami hanya merelakskan diri di rumah & petangnya aq & Encik Khafi menghantar pulang Nik ke perhentian untuk pulang ke Batu Pahat. Aq & Encik Khafi meneruskan perjalanan, mengintai2 barang hantaran yang boleh dibeli..sambil shopping2 manja gitew..wahhh


Hari ke-11, teruja jugak..haha berjumpa dengan wedding planner di carrefour ampang. Serius cakap, kencang jantung ni weyhhhh..iyela, bayangkan..ko dah jumpa wedding planner n bincangkan ngan dia nak cemana majlis ko nanti.huuuu macam mimpi aq rasa..lepas ni setiap kali balik akan jumpa dia lagi bincang & tetapkan segala bagai, insyaALLAH :)


Hari ke-12, merehatkan diri di rumah sajork..seperti biasa, malam sebelum pulang..mak akan bawak pergi makan ciken cop yang sedaaapppppzz glersszzz di hulu langat sana..kena kemas2 barang sket jugokkss..huuu :)



noffanoffi kata : Percayalah denga kesendatan + kepadatannya..huuaaaa~

p/s : gambar2 akan diupload dalam entry selanjutnya :)



0 comments:

Post a Comment