Thursday, May 5, 2011

H A M P I R

Salam semua..


Macam tak percaya, tinggal hanya lebih kurang 3 minggu untuk aq berada di bumi kenyalang ni. Selasa depan, bakal menjawab exam terakhir selaku pelajar ijazah di UNIMAS. Membuat presentation tesis & pulang meninggalkan tempat yang banyak mengajar aq nilai kematangan.


Teringat lagi dulu betapa seksanya rasa berpisah dengan keluarga tercinta di semenanjung sana. Teringat lagi masa mak & abah meninggalkan aq di kolej untuk memulakan minggu orientasi. Tiga tahun berlalu dengan pantas & pekat dengan kenangan bersama teman2 di sini. Sebak? Iya, perasaan halus itu sudah mula menusuk ke dalam setiap ruang dalam hati. Betapa sukar untuk berhadapan dengan setiap perpisahan. Inikan pula untuk berpisah dengan insan2 yang telah banyak mewarnai kehidupan kita sepanjang tempoh tiga tahun. Untuk aq, bukan hanya berpisah dengan coursemates, tetapi juga bagaimana untuk berpisah dengan juniors juga ahli2 debat.


UNIMAS terlalu istimewa, membuat aq berkenalan dengan insan pelbagai bangsa & rupa. Yang tidak lokek memberi mahupun menerima. Biarpun 3 tahun ini singkat, namun aq tetap puas. Mungkin siangnya aq sibuk menjalani kehidupan sebagai pelajar, pergi ke kelas & sebagainya. haha tetapi menjelang saje petang ataupun malam, ruang waktu bakal diisi dengan kenangan2 indah bersama teman mahupun adik2 junior. Menonton wayang, makan sehingga lewat malam, berkaraoke, bowling & sebagainya..ini bakal dirindui sebenarnya. Aturhidup sebegini memberi nilai tersendiri berbanding hanya mengadap buku & terperap di bilik 24/7, kurang terasa keseronokan bergelar belajar jika terhad kepada itu.


Keseronokan lebih terserlah sebenarnya kerana tuah aq menyambung pelajaran dalam bidang di fakulti. Dapat menyertai trip2 ke hutan & merantau jauh ke tempat orang seperti Miri & Bintulu. Segalanya dirasakan terlalu singkat tambahan pula sem ini aq terlalu kerap pulang ke cheras membuat persiapan hari perkahwinan kelak.


Selepas ni bakal memulakan kehidupan sebenar sebagai manusia. Melalui dugaan & rintangan yang lebih hebat di luar sana, tiada percubaan. Jika salah, terima padahnya dan perlu melakukan semula agar kelihatan benar pada mata ataupun jiwa yang menyelia kita. Jika bertuah, bakal menerima penunjuk ajar yang baik, mengajar tanpa rasa jelik mahupun herdik. Namun jika untungnya tiada, hadaplah segala maki cela kerana kata mereka pemegang ijazah harus hebat membuat semua yang ada. Doa amat diperlukan tatkala itu, sokongan juga.

Pada aq, pertanyaan & pembacaan itu sentiasa perlu agar kita menjadi insan yang sentiasa bersedia agar bila ditanya semula kita sudah bersedia dengan jawapan atau penerangan yang setimpal dengan soalannya. Sukar bukan? Realiti sebenar kehidupan. Jika semasa belajar kita biasa berkumpulan, tidak pandai hidup berseorang, tidak bijak berdikari menyelesai itu ini, bersedialah menjadi salah seorang yang sukar menempuhi kehidupan realiti nanti. Kerana dalam hidup ini, selain perlu bijak menjadi manusia yang boleh bekerjasama dalam 1 kumpulan, kita juga perlu mendidik diri menjadi manusia yang pandai berdikari. Biar dicampak ke mana, kita mampu hidup menyesuaikan diri. Tidak kekok & teragak2 bertegur sapa dengan manusia sekeliling. Itu nilai pergaulan. Jangan sehingga 1 hari nanti bakal bertemu mak mertua, baru menyibukkan diri belajar bagaimana memahami & bagaimana mahu mengambil hati orang tua.


Kehidupan aq selepas ini, bakal mengikut arus. Pekerjaan sudah tersedia, perlu menunjukkan prestasi terbaik agar hasilnya tidak sia2. Tidak berapa lama lagi bakal menggalas tanggungjawab baru, paling berat aq kira sepanjang menjalani hidup. Menjadi suri hidup kepada seorang lelaki yang bijak mengajar aq erti kehidupan. Jika rezekinya ada, sekali lagi bumi Malaysia bakal ditinggalkan. Dan kiranya menjadi tuntutan, kali ini aq juga bakal dibawanya jauh bersama melalui kehidupan di negara orang. Ini agak berat bagi juga bagi aq. Kita lihat di kemudian bagaimana keadaannya.


noffanoffi kata : perlu ikhlas :)

0 comments:

Post a Comment