Friday, May 6, 2011

P E R S I A P A N 2

Salam semua..


InsyaALLAH, hari yang dinanti dah semakin menjengukkan rupa..wahhh :)


Untuk update persiapan, tinggal barang2 hantaran sajork yang belum habis dibeli lagi. Takpe, balik lepas habis study ni kita serbu beli semua barang terus hantar untuk dekorasi hantaran. Ohh aq tidak berkira2 untuk buat hantaran sendiri ye walaupun keyakinan aq kuat untuk buat sendiri sebab...takut tak sempat, haha..takpela, bagila untung dekat2 tempat yang bakal aq tempah hantaran tu, hehehhh. Sediakan sajork modalnya.


Persiapan yang lain semua dah confirm seperti update sebelum ni. Ohh doorgift akan beli masa aq balik hujung bulan 5 ni jugak. Doorgift adalah dari tajaan penuh mak aq. Sebab mak aq memang dah berniat nak menaja doorgift ni. Mesti orang macam kata, eeeee nak kawen awal pastu menyusahkan mak bapak. Heyyyyy mak aq yang memang nak taja doorgift ye, tanpa permintaan pun, huhu. Sebab mak aq kata yang lain semua kitorang berdua dah selesaikan sendiri maka mak aq berbesar hati mahu beri yang terbaik untuk doorgift.


Iye kawan2, ini perkahwinan aq. Dahla mak abah aq melabur bukan main banyak dari kecik sampai besor untuk sekolah, makan & minum kitorang 3 beradik. Jadi aq tak suka nak menyusahkan mak abah aq untuk perkahwinan ni terutama bab modal. Jadi sebab tula semuanya aq gunakan khidmat catering, planner & sebagainya sebab tak mau mak abah aq susah hati. Aq kalau boleh nak meminimumkan penglibatan mak abah. Biar tugas mereka menyambut tetamu & relax. InsyaALLAH kami berdua berdikari menggunakan modal sendiri untuk mencipta hari pernikahan & perkahwinan terbaik milik kami. Doakan agar semuanya berjalan lancar, aaminnn..


Bagi semua yang pandai nak mengusik anak dara orang, merancang nak meminang anak dara orang..haaa janganlah buat2 tak paham, nak kawen sekarang ni, nak mohon untuk berkahwin pun kena bayar tau kat pejabat agama. Kursus kawen lagi, belum nak fikir sal pelamin segala bagai..beringat le ye, menabungla awal2. Nak guna duit mak abah? terpulang..huhu perkahwinan prosesnya bukan mudah. Sama ada sebelum, sedang mahupun selepas..jangan lupa yekkk.. Haaa? apa?! Tak payah kawen? Heloo sampai bila nak berdua tanpa hubungan halal? Walaupun ni bukan 1 je sebab kena kawen, tapi beringatlah..ye ;)


Ohhh kad jemputan? InsyaALLAH paling lewat, awal bulan 6 kami akan mula edarkan ye..nanti menyusul la, permintaan alamat sama ada dari blog, facebook, msg & sebagainya. Yang pasti, kami mementingkan kad asli dari kad tiruan..cewahhhh :D


Setakat ini saje, nanti ada update persiapan lain aq kasi cerite :)


noffanoffi kata : saborrrr jele~


3 comments:

  1. Salam kunjungan.. singgah la ke blog saya ;)

    ReplyDelete
  2. huuu...tak sabar nak datangggg.harap2 tade aral melintang.insyaAllah

    ReplyDelete
  3. tak sabaarr nak dtg......harap2 tade aral melintang.huuuuu....insyaAllah. Ade pape nak ditlg2...jangan segan2 msg yee :) :)

    ReplyDelete