Salam semuanya..
Alhamdulillah..selasa lepas telah selamat mengharungi peperiksaan terakhir di UNIMAS. Perasaan?! Sungguh..kosong sekosongnya, rasa tak percaya sebab baru rasa macam semalam ambik midsem pertama di UNIMAS, kalo tak silap bio-D.huhu~
Mudah2an, dapat result terbaik untuk final sem ni. Bukan untuk aq sorang je, tapi buat semua teman yang berjuang, aminnnn insyaALLAH..FYP pun awal2 dah selesai submit pada supervisor + program coordinator. Berdoa untuk gred yang terbaik jugak.. :)
Langkah seterusnya? Menanti ruang terakhir untuk pembentangan tesis. Harinya khamis hadapan, pembentang pertama pada awal pagi..insyaALLAH juga akan tunjukkan yang terbaik. Nanti senang nak bagi contoh kat anak2..haha verangannnnzzzss :p
Selesai saje paper haritu, sempat makan ramai2 dengan botak aka ammar, zimi (tak makan pun dak ni, duk tunggu buah hatinya ), step, vero, grace, zizi, pakcik, joe..huuu lepas ni dah takde lagi makan2 cam gini, mungkin ada tapi wajah sudah bertukar. Bukan mereka..tapi teman2 sekerja yang bakal dikenali pada kemudian hari..perasaan sebak tu dah ada, masa makan2 bersama mereka, tapi tahan..tidak perlu terlalu melayan perasaan kerana kita berpisah bukan kehendak, tapi untuk memperjuangkan hak..mengaplikasikan setiap ilmu yang ditimba dari kecil sehingga kita sendiri sudah layak menjadi pendidik..
Keesokkannya pula, sempat meluangkan masa bersama juniors..diketuai oleh kery. Mereka istimewa aq rasa. Walopun hanya sempat berkenalan dalam jangka masa tidak sampai 2 tahun, rasanya dah macam adik beradik. Haiii entahlah hati..terlalu mudah jatuh sayang pada adik2 tidak kira lelaki mahupun gadis2 sunti. Petangnya menemani mereka memborong kek untuk dibawa pulang ke semenanjung. Pusing2 juga sekitar waterfront untuk beli cenderamata buat famili masing2. Sesi malamnya pula sempat ke matang, mengisi perut sesenak2nya dengan hidangan stimbot..haha sampai tersandar masing2..ingatkan tamat di situ, rupanya berkejar pulak ke d spring..melayan karaoke sebarang dua, apakah ayat..yang ni tak puas, pusat karaoke tu tutup awai kebenor, huhu lagho kan.haha..Hari itu dipenuhi dengan kenangan bersama juniors. Sumpah, aq akan rindu kenangan tu. Tak mustahil sebelum diorang grad, aq akan sanggup beli tiket airasia untuk berjimba ria dengan diorang kat UNIMAS walaupunnnn dah jadi wife orang nanti.haha..~
Masa kery hantar kat tepi longkang, tempat biasa dia drop aq..huuu memang rase nak teghoyakkk tapi menten bebeh..ingat balik akan jumpa jugak, cumanya suasana dan ruangnya mungkin berbeza, itu saja..yang penting, mereka harus singgah rumah aq kalo ke Cheras. Boleh hidang puding caramel atopun hotdog panggang istimewa, itu sajork?! Abis korang nak apa??! heheeee :)
Inilah kenangan..kenangan yang jika tidak dipelihara dalam hati, bakal tiada lagi sama ada hari ini atau bila2. Namun aq tetap bersyukur kerana diberi peluang untuk merasai nikmat gembira & ceria biarpun perpisahan lebih kelihatan nyata..sekian~
noffanoffi kata : Nikmati & hargai setiap ruang yang ada..agar tidak disesali hari esoknya~
0 comments:
Post a Comment