Wahh berkurun ye anak2 tak update blog sejurus selesai pengajian di UNIMAS & kembali ke pangkuan keluarga kat Cheras. Alhamdulillah, nama pun dah sedia tersenarai dalam senarai pelajar yang bakal bergraduat pada Oktober ni. Tiket ajo tak sempat nak beli lagi. Ater mane idoknya..bila nak beli tiket jek, maklumat2 orang yang akan ikut ke majlis graduasi takde. Ramai pulak kan yang nak mengikut ke sarawak nanti..huhu lagi aq suke sebenarnya :D
Ohh tajuk di atas C I K ye, sebabnya tinggal 8 hari je lagi aq nak verangan2 menggunakan gelaran C I K ni. Lepas 8 hari ni, udahle jadi P U A N.keke..kalau kawan2 duk ngadap fb pun, status aq sejak akhir2 ni tak abis2 berkaitan hari bahagia itu..insyaALLAH, dengan izin ALLAH mudah2an berjalan lancar semuanya :)
Perasaan??! yaALLAH ya tuhanku..aq tak pernah rasa se-neves-ss nih anak2 oi. Sebelum berdebat ke presentation ke temuduga ke tunggu result ke exam ke pape jela idokle penah rase macam ni..tapi penangan neves-ss nak dimiliki secara sah ni, lainnnn sangat..yang dah rasa tau, yang tak rase lagi tungguuuuuu~
Persiapan ekk?! Okla update kat sini semuanya yang major dah selesai alhamdulillah..cumanya tinggal :-
*beli/kukus/packing telur (bunga pahar) 1000 biji
*final touch up hantaran
*touch up sirih junjung
*final fitting baju nikah ngan sanding
*touch up bungga manggar
*isi coklat+bunga pahar dalam beg sebagai doorgift majlis kat dewan
*isi kismis+handkerchief dalam beg sebagai doorgift tahlil
*final session spa termasuk medicure+pedicure
*pakai inai malam nak nikah
*beberapa minor persiapan :)
Seronok?! aihhh siapa tak seronok anak2..tapi still macam di awangan jugak, betul ke idak aq dah nak dinikahkan ni..rasa macam baru jek kenal Encik Khafi tu. Tetibe dah nak jadi rumet..ehh?!! haha kenela jimat penggunaan ruang wardrobe gedabak tu. Selama ni conquer bukan main, pasni kena jimat2 dah..huhu
Kadang2 ada tercakap ngan Encik Khafi, mesti lepas ni kita rindu nak sibuk2 macam masa buat persiapan perkahwinan ni. Ohh sekarang aq dah boleh dikatakan dalam zon berehat+melayan spa sajork sebab semua da selesai kan alhamdulillah..tinggal yang minor2 kat atas tu jek la. Serius, balik je dari abis pengajian aritu jadi tak menang tangan ke sana sini. Confirmkan itu ini. Shopping ke sana sini. Senangkan dah selesai awal2..tamoh tension2 menjelang hari bahagia. Seronok sebab dapat future hubby yang cukup teliti dalam membuat plan hidup. Jadi teratur jek sume..cume jenis aq yang main redahhhh jek ni kadang2 clash jugak idea kitorang kan..tapi akhirnya tersenyummmm ceria..weee :D
Aq buat apa sekarang?! haha sepatutnya aq dah kena keje awal jun aritu..tp disebabkan beberapa masalah teknikal yang tak dapat dielakkan, proses memiliki kerjaya sendiri dapat ditangguhkan. insyaALLAH lepas temph honeymoon & sebagainya, bakal memulakan kerjaya juga mengintai2 peluang menyambung pelajaran insyaALLAH..mujur mereka memahami. Mujur tak mula kerja lagi, kalo tak, tak tau camane nak manage wedding & kerja..dah selesai lepas ni bolehla kerja dengan sekuatnya..sebabbbbb tekad nak pergi haji sebelum umor 30 tahun. Tak aci sebab Encik Khafi dah pergi haji..huuu~
Pesanan buat teman2, sila lah kumpul duit banyak2 walaupun takde pasangan lagi sebab nak kawen sangatttttttt banyakkkkk pakai duit. Kalo pandai main saham, mainla saham. Kalo nak cari side income sila la cari..Jangan menyusahkan mak ayah bila nak kawen nanti, serius. Kalo boleh, yang lelaki tu tanggung semua. Tunjukkan betapa ko bertanggungjawab nak menikahi wanita yang ko cintai. Setakat cakap jekkkkk mintak mahappp..huhu yang bestnya bila ada masa terluang skit ni, doorgift untuk kawan2 rapat aq dapat buat sendiri. Gift untuk tetamu2 yang sign guestbook paling awal pun aq sempat buat sendiri. Gubahan barang hantaran jugak buat sendiri. Hajat di hati nak buat hantaran sendiri jugak, tapi Encik Khafi katanya kesian tengok tunangnya bakal kelentang kelentung membuat hantaran, jadinya biarlah tempah sahajo.huhu ohhhh guestbook pun aq sempat buat sendiri jugak. Doorgift untuk tahlil pun sama. Haa sirih junjung pun aq buat sendiri. Hahaha keluar segala seni2 yang digunakan masa pendidikan seni dulu..hehe memang dah terbiasa kot sejak dengan Encik Khafi, kalo aq ada bagi dia kad pun, aq buat sendiri kad2 tu. Adela 1 ke 2 yang aq beli..hehe seronokkkkk bila dapat buat sendiri anak2 :D
Panjang benoorrrr aq menulis yekkk..ater, dah lame sangat kan, keke ohhh aq dilarang memandu buat masa ni. haha aci takkkk abah aq kata dah dekat sangat..tak bulehhhhh huhu. aterrr darah manis katenye..memanglakan ade sentimen darah manis ni sebenarnya. Sejak bertunang dulu, adoiiiii senang betol badan ni nak keluar darah..bukan main lama dah tak terpijak kaca, jadi terpijak kaca. Bukan main lama tak terkena pisau, kena pisau. Bukan main lama minyak tak berani nak meletop kena kat kulit, meletup pulak kan..aihhhh yang paling tak tahan sekali, bukan main selalu selama dulu2 bergurau ngan bapak aq tak pernah terluka, tetibe semalam terluka kat muka sebab terkena kuku bapak aq..mujorrr dah ok, hehe..layannn sajorkkla..ALLAH nak suruh kita berhati2 sebenarnya..:)
Adoihhhh dah letih bercerita..nanti sambung lagi, entah2 anak dah 2 baru sambung update yekkk..keke doakan semuanya berjalan lancar ye :D
noffanoffi kata : nevessssssssssss-ss
akak jelessssss! nak tukar jadi puan jugak! waaa
ReplyDeletehahaha jommlaaa kawen kak...hehe
ReplyDeletebestnye dah nak kahwin . . :D
ReplyDeleteaq pun tak sabor nk g kenduri ko teha.haha
ReplyDeleteminah: awk pun rasa gak nanti :)
ReplyDeleteayu: tungguuuuu..hehe :D
OMGGG..kak fafa pon mcm spesis saya...bile lame x update...karangan,,,dah lebih level stpm..hahaha
ReplyDeleteHahaha tau xpe dikkk..keke
ReplyDeleteaih... suke bc entry org nak kawen ni.
ReplyDeletetumpang bahagie untuk kamu fafa =]
Thanks teha:-)
ReplyDelete