Hai..hari ni dah masuk isnin tinggal lbh kurang 5 hari jek lagi menuju hari bersejarah tu. Semalam dah fitting baju kawen untuk dewan & resepsi rumah Encik Khafi jugak..Hasilnya? Sangat berpuas hati dengan hasil kerja tailor tu..yang kelakarnya baju tu longgar sket dari yang sepatutnya kata tailor tu. Tapi aq rasa dah sempurna sebabnya selesa aq pakai..alhamdulillah, takde masalah kat baju kan :-)
Haha mane boleh tunjuk gambar kat sini, tak surprise la kan anak2..nak tengok kena datang wedding hamba.hikkkk.. Ohh hari ni kembali menyambung kemas rumah, kebetulan adik2 aq cuti sekolah jadi kasi buli 1 kali sama mereka biar berbakti skett..wawawa mak abah aq pun dah start cuti mulai semalam sampaila habis majlis aq nanti..:-)
Esok, selain nik akan sampai umah aq selaku bakal pengapit, dia jugak bakal membantu buat keje sket2 kat umah aq ni.haha ahhh nik bukan tetamu tapi dah macam famili kitorang sendiri. Bukan mak aq jekk sayang dia, adik2 aq pun bukan main menanti kehadiran dia termasukla si sue..tapi sue tak dapat datang awal, masih terikat dengan latihan industri. Eh tadi nak cite selain nik yang nak datang, esok jugak wedding planner kitorang akan datang untuk mulakan deco deco deco bilik pengantin.. Maka haruslah dikosongin segala isi dalam bilik ni.haha~
Esok jugak aq kena pegi last session spa plus pedi n medi jugak..ingat nak asing2. Nak urut2 sume ari kamis tapi malas la, buat sekali gus sajork, mudah.. Lagipun ari kamis ni nak buat majlis arwah sket tapi jemput keluarga terdekat sajork.
Huhhh letih bercerita, minggu ni pastinya semakin sebuk. Taknak stress2, nak banyak senyummmm jekk..hehe sambil2 tu nak convince bakal tetamu datang wedding especially kawan2 tersayang. Seronoknya kalo masa kita kawen dapat tengok balik kawan2 yang sama naik dengan kita dari kecik sampaila besar. Bersusah senang sama2 kan..hehe :-)
Tak sabar jugak nak dengar suasana riuh rendah rumah macam drama melayu bila ada orang kawen kat umah tu kan, hehe kena sentiasa on camera nak snap moment tu..heheHaa wardrobe pun dah ada bahagian yang kosong untuk isi baju-seluar-tetttt Encik Khafi..hehe yang pastinya bahagian Encik Khafi kat atas, aq punye kat bawah. Nak memudahkan Encik Khafi :-)
Sampai di sini dulu ye semua..ada pape kite kasi cite lagi..selamat memulakan minggu baru :-D
noffanoffi kata : AMINAH..selamat kembali ke Malaysia dikkkk ;-)
Published with Blogger-droid v1.6.8
0 comments:
Post a Comment